Gembira lebih dari biasa

Tudung butterfly yg asik fail je tu. Hasil usaha gigih, berjaya jugak. But still not my turf. Scallop/twist adalah best!

ok la, aku bukan pro dalam bidang buat tudung tapi aku fikir, ok la.  . first sebab niat aku buat tudung adalah nak tutup apa2 yg tak tertutup oleh tudung yg beli kat kdai, jadi perjalanan aku buat tudung ni macam dimudahkan Allah je.

Aku tak mahu banyak  dalam buat tudung ni. Aku cuma nak orang pakai tudung buatan aku tu ikut garis panduan bertudung yg sepatutnya. (aku bukan alim, bahkan tak alim langsung, cuma mungkin hidayah yg aku dapat lebih berat kat part2 pakai tudung/tutup aurat. PArt2 lain tu adalah kureng sikit. Dan aku suka apa2 je tentang mekap, tutup aurat, tapi mekap, so camna tu. Pagi tadi je my friend caught me applying lipstick just before having my bfast. sgt apekah kan? Alhamdulillah MrMJ banyak tegur aku kalau pemakaian aku terkehel sikit ke. Tudung terangkat ke. Tq so much abang).

Itu bukan point aku yg sebenarnya.

Isi penting sebenarnya adalah…

Last year aku ada ajar buat tudung kepada dua kumpulan manusia yang sangat terang hati. Berita yg sangat baik, mereka ni dah pun jahit tudung sendiri and lagi best adalah depa dah ambik oder dari sedara-mara dan kawan2.

Aku rasa happy sangat tak tau sebab apa. Even kalau student aku datang amik rsult SPM 12A1 pun aku tak happy macam tu. Sebab aku tak tau lagi yg student aku tu manafaatkan ke tak ilmunya. Tapi ilmu tudung ni memang bermanafaat la agaknya (of coz la sebab tudung tu buat tutup aurat kann). Sebab tu aku rasa sangat happy.

Dan hari Jumaat ni aku akan buat kelas tudung lagi, atas permintaan kumpulan lain pulak. Kumpulan tu bukan la besar pun, takat 2, 3 orang je pun. Tapi dah memadai kalau depa ni dah mahir boleh ajar orang lain pulak. Macam sistem MLM kan? Bayangkan berapa ramai downline mektwain?

Oke lah. Lepas ni nak calo pg OU tgk Avatar3D dengan loved ones. BEli 4 tiket terus lepas kerja tadi. Harap2 ada beza lah 3D dgn tgk kat cinema biasa ritu.

This entry was posted in My Recent. Bookmark the permalink.

3 Responses to Gembira lebih dari biasa

  1. zuhaini says:

    wah.. kita pun nak tgk gak la! :) heheheh…

    oh ya, tahniah ya! saya pun nak menuntut gak! tapi mesin jahit pun tarak.. huhu :(
    zuhaini´s latest blog entry ..How we force Alia to become pacifier-less! My ComLuv Profile

  2. mama emma® says:

    so lepas nie just buat klass je.. order tudung u leh tutup kedai.. huhu
    mama emma®´s latest blog entry ..-I JUST HATE IT WHEN…- My ComLuv Profile

  3. Khalish says:

    Salam I ni sebenarnya dah selalu masuk blog u tgk2 dan baca setiap tulisan u pasal tudung, “tudung utk menutup aurat mengikut syariat” alhamdulillah I harap kita sama2 berjuang utk memakai tudung2 yg menutup aurat mengikut tuntutan bukan hiasan.