seorang yang penting (penting bagi aku la) cakap sesuatu masa dia jumpa Wafiy.
“Eh, putihnya gigi anak kau! Kau berus ke?”
Aku macam, hah? putih ke?
Mula2 rasa biasa je. Tapi lepas that someone tu cerita pasal gigi budak lain yang rompong pada usia 5 tahun, aku terus rasa bangga dan badan terus mengembang berkadar terus dengan kuanti pujian yg melambung2 tentang gigi Wafiy yg kononnya putih bersih.
Terima kasih pada blogger yang share tentang gigi anaknya yang reput pada usia 2 tahun. Aku memang ngerilah bila dia cerita tu. Aku hari2 dok fikir macamanalah nak kasi gigi Wafiy tak rompong? Dah la sejak aku kerja balik tu Wafiy ni minum susu botol. Lagi la menyumbang kepada kerompongan kan? I’m lucky (lebih kepada Wafiy’s lucky) sebab Wafiy ni jenis tak menggonggong botol. Masa tu Wafiy umur setahun lebih. Aku memang dok berus dengan berus gigi silikon yang sarung kat jari tu selama dia ni. tapi jari aku sakitnya ya rabbi!!!!! Tiap kali berus dia gigit. gigit. dan gigit. nak putus je rasa jari ni.
Lagi ngeri sebab gigi susu ni Wafiy akan pakai hinggalah usinya 7 tahun sekurang2nya. Kalau dah rompong, nak makan pakai apa la pulak selama bertahun2 tu.
Jagi, perkara2 tu semua jadi faktor kenapa aku berazam untuk berus gigi Wafiy setiap hari. Setiap kali mandi.
Langkah pertama, tukar berus gigi silikon kepada berus gigi berbatang. Dan ubat gigi kodomo lion.
Kedua, berus gigi dan kodomo kat daycare dan minta mereka berus gigi Wafiy.(tapi aku rasa depa tak berus pun sebab balik rumah gigi kotor je)
Ketiga, berus siap kali mandikan dia. Kalau 3 kali mandi, 3 kali la berus. Ni kes weekend biasanya.
Keempat, pesan kat husband suruh berus kalau dia yang mandikan Wafiy. Ye la, kadang2 terlupa gitu.
Selama ni aku tak perasan pun gigi Wafiy putih, tapi lately aku ada beli ubat gigi baru (cap pureen) bau dia sedap sangat, jadi memberus memang bersungguh2 sebab nak cium bau sedap tu.
Tapi, bukan senang nak berus gigi wafiy ni!!! Memang dia menangis dan moronta-ronta setiap kali. Even sampai sekarang ni dok menangis lagi. Tapi aku keras hati je sambil ulang2 cakap dalam hati, “You’ll thank me one day for this”. Sama jugak dengan car-seat, kalau aku drive sorang bawak wafiy, memang tak de pilihan lain selain dari duduk kat carseat DAN IKAT. Memang dia menangis meronta2 dan bising ok dalam kereta tu. Tapi, aku tak peduli. IKAT tetap ikat. Sambil cakap, you’ll thank me one day.
Ops melencong sudah.
Jadi penat lelah memberus gigi berbayar sudah. Harap2 berkekalan lah kami dapat memberus gigi dia setiap hari.
Info gigi sila lihat sini.







