Semak

Tahun ni persiapan raya agak over sikit. Sebab apa over, sebab raya pertama dekat sini. Kami beraya bersama bonda (mak kandung saya!).

Over macamana pun tak la beraya sakan. Cuma tukar langsir dan beli kuih raya lebih sikit dari biasa. Selalunya kalau raya tu balik SP, 3 hari sebelum raya sudah challo dan balik kesini seminggu kemudian. Raya pun dah habis. Apa-apa kuih yang beli pun semua bawak balik SP. Langsir pun biar la yang tahun lepas punya.

Seperti biasa, saya yang mengamalkan ‘frugal living’ telah menawarkan diri untuk buat langsir sendiri. Kalau ikut suami, rasanya dia beli je readymade kot… Tapi saya selalu je rasa nak nangis tengok duit ratus-ratus terbang melayang begitu saja hanya untuk dapat langsir yang di jahit LURUS oleh tukang jahit langsir Seahorse (ini kedai langsir kegemaran suami, sesiapa sedara mara kenduri, dia akan belanja langsir dari sini). Jadinya baik saya jahit sendiri.

Tak susah pun, seperti yang saya katakan tadi, jahit LURUS je.

Kain langsir tahun ni. Jenis kain pilihan suami, saya yang menurut perintah saja. Tapi kain ni susah jahit oh.

Lining langsir. Langsir pun nak pakai lining. Mengadakan? Lining = bukan sheer. (my sewing room is a complete mess!!! just forget about it)

Sudah siap jahit. Mari gosok dia.

Look at him smiling!? Honestlah, dia memang minat langsir, jadi saya serahkan pada dia utk style kan sanggul tu. Dia pasang sanggul lagi kemas dari hasil tangan saya. I lap u bebeh

Tadaaaa. Sanggul lintang.

Ok. Semua ni kos bahan cuma RM180. Kalau tempah, mau RM500, baik bagi kat saya kumpul bual beli ipong4 ke, camera underwater ke, ipad ke.

**Jutaan terima kasih kepada suami sebab ambil cuti jaga anak sebab nak bagi saya buat langsir. Boleh je hantar daycare, tapi dia kata kesian Wafiy. Bertuah punya anak.

Posted in My Recent | Comments Off

Cara-cara shopping Raya di Jalan TAR pada bulan Ramadhan yang panas.

Great. Cari gambar-gambar yang tangkap masa shopping JTAR minggu lepas, tak jumpa pulak. So blog post ni tak de gambar dari camera saya sendiri. Oh, tapi ada video (dalam proses upload).

Shopping Raya di jalan TAR nampak macam sukar dan ‘impossible’ terutamanya kepada yang punya anak kecil. Anak saya Wafiy ni 2 tahun 8 bulan dan tengah melasak, ohhh jangan cuba utk bayangkan keadaannya. Kejap nak dokong(budak ni berat 15-16kg hazab jugak mendokongnya), kejap nak jalan. Kejap lagi belari tak ingat dunia. Aaarrr…. Saya pun banyak kali cuba mengelak dari shopping raya di sana bila diajak suami, tapi akhirnya saya tak dapat ngelat sebab kena beli langsir kat Kamdar. nak pergi Kamdar situ kena rempuh Bazaar Raya tu jugak, jadi saya plan awal-awal untuk ‘survive’ di sana. Tapi sebenarnya ia boleh dilaksanakan. Tak mustahil ya tuan-tuan.

Apa yang best sangat kat JTAR ni? Kalau anda belum pernah pergi sana, video ni boleh beri sedikit idea tentang apa yang ada di JTAR. *Perhatikan juga pelakon tambahan: Budak bertopi yang kena dokong aka Wafiy!

Tambahan lagi harga yang murah. Contoh, harga baju melayu lelaki RM90-RM100 di JTAR sama kualiti dengan baju melayu RM150 di PKNS. Silap haritu dah beli di PKNS. Contoh je tu. Nak tau kena pergi sendiri.

  1. Keluar rumah awal -- Kalau dah berniat nak shopping sakan, keluar je subuh-subuh ayam tu. Kami keluar pukul 8.30pagi untuk dapatkan parking yang paling stratergik sekali. Cerita parking lepas ni. Pukul 9++ pagi pun kebanyakan gerai dah bukak dan orang belum berpusu-pusu lagi!! Bendalah cute ni kami beli masa tokey tu tgh setup gerai. Dia layanz je kami hehe tq boy.
  2. Campbell Complex (kredit shaikskl.blogspot.com)

    Parking -- tempat parking kegemaran kami adalah di Komplex Campbell pada open air parking bahagian belakang (atas tanah) yang betul-betul menghadap Bazaar tu. Jadi, kalau nak ulang beli boleh balik ke kereta dan letak barang, kemudian pergi shopping lagi.

  3. Pakaikan anak topi -- ohhh panas sangat bila menjelang pukul 10-11 am, tengahari apatah lagi. Sebaiknya coverlah kepala dia, nanti kena heat shock -- tak beraya pulak karang…
  4. Anak lapar dan dahaga, nak buat macamana? -- Dekat hujung jalan daripada bazaar2 tu semua ada Semua House. So boleh masuk sana, ada foodcourt di BASEMENT yang

    Semua House

    tersorok dari pandangan mata umum dan berair-con. Ada gerai jual air. Macam kami, sebab anak suka pulut, kami pun beli la pulut kuning sebungkus kat bazaar raya kemudian lari ke Semua House, beli air milo dan suap dia makan kat situ. Suami pegi ulang shopping diluar sana. Yang bestnya di foodcourt Semua House ni, agak lengang masa tu. Ada beberapa family aja yang datang bagi anak makan. So tak la segan sangat duduk menghadap makanan bulan2 puasa ni walaupun untuk bagi anak. Lagi best sebab AC, bolehlah melepaskan penat sekejap…

Kemudian kami habis shopping pada pukul 12.30pm. Masa tu nak menapak ke Campbell tu dah hampir-hampir mustahil. Orang rapat-rapat macam yang kita tengok orang tawaf keliling Kaabah dalam tv tu. OMG masa tu macam nak jerit ‘Get me out of here!!!’ tapi terpaksa harung jugak lautan manusia tu.

Ok, setakat itu saja laporan cara-cara shopping di JTAR dari saya. Masih sempat lagi, ada 4 hari lagi utk shopping. Orang kata midnight pun masih buka utk shopping!

***OMG look at this!!! Good job, Zain!

Posted in My Recent | Comments Off

Raya awal

Ok. Tahun ni raya adalah awal 6 hari. Sudah jangka akan jadi begini jadinya redho ajelah.

Cuti sekolah pun dah mula. Hari pertama cuti dimulakan dengan tidur dan tidur dan tidur. Menjahit. Buat cokelat. Beli nasi ambeng. Tengok tv.

Tiada siapa pun yang layak gagal jika belajar Bahasa Inggeris dengan Ezra Fitz. What were you thinking people?

Ada banyak lagi yang nak dijahit. Langsir sliding belum berpotong pun. Baju raya sudah siap baju, kain mungkin besok baru sambung jahitnya. Baju melayu teluk belanga Wafiy tak tau sempat ke tak. Kuih Benzila dah beli barang. Tat cekelat baru nak cari resipi doh tat. Bagus lah plan cam ni. Target dulu nak buat kuih apa, baru cari resipi.

Alamak sakit perut. Got to go

Posted in My Recent | Comments Off

Gems

Hari ni makcik kaya sebab deliver tudungs dekat customer. Alhamdulillah. :) Yes yes yes boleh shopping.

Ok.

Nak cerita ni saya suka la nasi ambeng dekat Param Saujana Utama tu. Dah 3 kali saya makan. Badan pun gemuks sudah.

Blusher hari tu memang bestlah. Saya telah camwhoring habis-habisan, tapi still malu nak tepek. Eh ada kawan nak ajar potong kain. Toodles!

Posted in My Recent | Comments Off